I'm still student and still learning

blog untuk student yang nak exam tapi malas nak baca buku teks:)

Thursday, 1 August 2019

BIODIVERSITI TINGKATAN 2

                                         السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


1.1 Kepelbagaian Organisma

Apakah maksud Biodiversiti?
Biodiversiti ialah kepelbagaian organisma,sama ada mikroorganisma,haiwan atau tumbuhan.

Kepelbagaian habitat dan cuaca menyebabkan biodiversiti wujud.

Apakah Kepentingan Biodiversiti?
1.
 Sumber makanan

2.
 Keseimbangan alam

3.
 Tempat rekreasi

4.
 Perubatan

5.
 Pendidikan

6.
 Bahan mentah industri

Pengurusan Biodiversiti Secara Berkesan

Apakah kaedah-kaedah untuk memelihara dan memulihara biodiversiti?

Mengharamkan pembunuhan atau pemerdanganan haiwan dan tumbuhan yang                endemik dan terancam  

Melindungi habitat dengan mewujudkan taman negara,taman laut,hutan simpan dan    sanutari hidupan liar.

◾Dipulihara melalui program pembiakan seperti tapak semaian anak-anak benih untuk    membantu penghutanan semula dan pusat penetasan penyu.

Apakah aktiviti manusia yang boleh mengancam biodiversiti?

◼️ Pemburuan haram

◼️Penebangan hutan secara tidak terkawal

◼️Pelombongan secara berlebihan

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan biodiversiti di Malaysia?

◼️Membalak secara pilihan iaitu menebang pokok yang tua sahaja

◼️Menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah pembalakan atau                  pemburuan haram

◼️Mengekalkan spesies di luar habitat asal seperti zoo dan taman botani

Spesies Endemik 

Apakah maksud Spesies Endemik?

Spesies Endemik ialah spesies yang hidup di habitat yang ditemui di sesuatu lokasi tertentu.

                               2 contoh haiwan endemik




 Orang Utan



Tapir

2 Contoh tumbuhan endemik





Bunga Rafflesia


Periuk Kera